MAS Terkejut Dakwaan Media Australia Fariq Bawa Penumpang Masuk Kokpit Semasa Penerbangan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan dakwaan terhadap pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid yang dikatakan membenarkan penumpang melawat kokpit [Ruang tempat memandu Kapal Terbang] semasa penerbangan dua tahun lalu.

MAS sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan ketulenan gambar dan video yang dipaparkan dalam rancangan “A Current Affair” siaran sebuah stesen televisyen Australia, katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut laporan AP, seorang wanita bernama Jonti Roos mendakwa dibenarkan melawat kokpit bersama rakannya semasa penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada Disember 2011.



South African tourists Jonti Roos and Jaan Maree with co-pilot Fariq Abdul Hamid, right. Photo: A Current Affair



Roos menceritakan pengalamannya semasa rancangan televisyen tersebut.



Fariq merupakan salah seorang daripada juruterbang penerbangan itu.

MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.

“Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami,” kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk ‘Woman remembers cockpit fun with missing pilot’ pada Selasa.

Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Video di sini http://www.smh.com.au/world/malaysian-airlines-plane-copilot-smoked-took-photos-in-cockpit-with-tourists-in-2011-20140312-hvhkh.html

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang