Kenapa Saya Perlu Malu Mengandung? – Rozita Che Wan



Terbaru Rozita Che Wan, isteri kepada Zain Saidin mendapat berita gembira bila dia disahkan hamil. Namun berita nie mengundang reaksi negatif segelintir ‘keyboard warrior’. Kata Che Ta:

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain”

Zain Saidin nampaknya memang teruja untuk mendapat cahaya mata seakan gementar untuk melakukan ujian kehamilan, takut kecewa katanya. Namun akhirnya tetap membeli alat ujian kehamilan untuk mengetahui hasilnya.

“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa”

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung,”

Menariknya, pasangan romantis nie dahpun memilih nama untuk anak mereka iaitu Muhammad Ali atau Aishah. Apapun, MiG Online tumpang gembira dengan berita nie dan harap bayi yang lahir nanti sihat dan comel macam mama & papa dia :)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang