Kelar leher bayi baru lahir dengan gunting
Seorang pembantu rumah Indonesia ditahan kerana didakwa membunuh anaknya yang baharu lahir menggunakan gunting pada Ahad lalu.
Wanita berusia 26 tahun itu dibawa ke Hospital Serdang pada waktu tengah malam selepas dia mendapatkan bantuan daripada majikannya selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.
Selepas menjalani pemeriksaan doktor, wanita itu mengaku bahawa dia melahirkan anaknya sendiri dan mendakwa telah mengepam anaknya itu ke dalam tandas.
Doktor membuat laporan polis dan polis membuat siasatan di rumah majikan wanita itu di Taman Bukit Kajang Baru.
Polis tidak menemui bukti yang bayi itu telah dipam ke dalam tandas, tetapi mereka menemui mayat bayi yang baharu lahir di bilik pembantu rumah itu, beserta sepasang gunting.
Wanita itu memberitahu polis bahawa dia meminjam gunting itu daripada majikannya sebelum bersalin. Difahamkan dia menggunakan gunting itu untuk mengelar leher bayi berkenaan.
Dia telah berkhidmat dengan majikannya selama lebih dua tahun. Dipercayai bapa kepada lelaki itu adalah warga Nepal.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan kes tersebut dan berkata lelaki itu telah pulang ke Nepal.
Dalam kes yang berasingan, polis turut menahan seorang penuntut unievrsiti yang berusia 20-an kerana didakwa membunuh anaknya yang baharu lahir di sebuah bilik asrama di Bandar Seri Putra, Kajang pada Sabtu.
Bayi berkenaan dimasukkan di dalam beg plastik sampah sebelum membuangnya di Terminal Bersepadu Selatan, Cheras.
Dia kemudiannya membeli tiket untuk pergi ke Melaka dan membuang bajunya yang berlumuran darah di sebuah resort pada Ahad.
Komentar
Posting Komentar