(39 LAGI GAMBAR)Majlis Pernikahan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana



Telah pun selamat bergelar suami isteri pada Sabtu lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah detik pertemuan antara Syamsul dan Puteri Sarah Liyana berlaku. Ditanya mengenai perkara itu, Syamsul mengambil langkah untuk tidak berkongsi kisah pertemuan dan percintaan mereka dengan khalayak ramai kerana takut timbul fitnah. Yang penting bagi pengarah hebat ini ialah mereka berdua telah pun selamat diijabkabulkan.


Syamsul juga turut melahirkan rasa syukurnya kerana majlis pernikahan berjalan seperti yang dirancang walaupun demam dengginya masih belum pulih. Kata Syamsul Yusof kepada Mstar Online:-


Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu. Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah.

Saya pun tidak sangka dapat meneruskan majlis ini kerana ia bergantung keadaan saya dan Alhamdulillah pagi tadi saya rasa sihat untuk datang.

Saya tidak mahu menangguhkan majlis ini kerana semua sudah diaturkan dan kalau tunda ia akan menimbulkan banyak masalah pada semua pihak,




Apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Mstar Online, MalaysianDigest dan Love Undefined Photography.





Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang