Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2014

Syanie, Nadi Putera selamat bernikah

Gambar
Syanie kelihatan manis dalam persalinan kelabu ketika bersiap sebelum majlis akad nikah - Foto instagram Brian (Master Chef) <   1  /  1   > SHAH ALAM - Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan hanya sekali lafaz. Memetik laporan berita tempatan, majlis akad nikah tersebut berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi, pagi tadi. Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail. Pasangan ini bertunang pada hari raya Aidilfitri tahun lalu.

Sanggup suntik minyak masak ke muka untuk cantik

Gambar
Hang Mioku, 48, bekas moedel Korea, dilaporkan cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri, GARA-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok. Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri. Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil. Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh. Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan. Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya. Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya. Walaupun pak

Pengawal keselamatan rogol adik dipenjara 16 tahun

Gambar
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 16 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol adik kandungnya, awal bulan lalu. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan 10 sebatan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu bagi setiap tuduhan, serta memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturutan. Dia didakwa merogol adiknya yang berusia 20 tahun sebanyak dua kali di rumah mereka di Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 8 pagi pada 14 dan 16 Februari. Ketika menjatuhkan hukuman itu, Manira berkata, sebagai abang sulung, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada adiknya, bukan alat pemuas nafsu. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadzlin Abd Zawawi berkata, tindakan tertuduh merogol mangsa diibaratkan seperti 'harapkan pegar, pegar makan padi’. Dalam kejadian pertama, pengawal keselamatan itu menarik mangsa ke dalam bilik sebelum memaksanya membuka tuala dan mangsa dipukul di p

Mangga mulut anak supaya berhenti menjerit ketika dipukul hingga mati

Gambar
Lagos (Nigeria): Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa mengunci mulut anaknya dengan kunci mangga semata-mata untuk memaksa budak itu berhenti menjerit ketika dia memukul mangsa hingga mati. Chris Elvis, 30, didakwa menuduh anaknya, Godrich Elvis, 4 ‘Ogbanje’ atau ‘Anak Syaitan’ dan menyalahkan budak itu menjadi punca kepada nasib malang yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu. Mengikut fail mahkamah, pengawal keselamatan itu memukul anaknya, melecurkan seluruh tubuh mangsa dengan seterika dan menguncinya dalam tong plastik. Ibu kanak-kanak itu menghubungi polis sebaik menemui anaknya yang mati dalam keadaan yang mengerikan selepas pulang dari pasar. KEADAAN mayat Godrich Elvis yang dimangga mulutnya sebelum dibunuh bapanya. Chris berpura-pura gila ketika ditahan, tetapi dia di sahkan normal, lapor International Business Times. Dia ditahan selepas dituduh membunuh. “Kamu, Chris Elvis, pada 10 Februari 2014 sekitar jam 5 petang di nombor 7, Jalan Adetola Adelaja , Meiran