Rafizi bukan pelumba basikal kebangsaan

 

KUALA LUMPUR - Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini hari ini bukan pelumba basikal kebangsaan.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad ketika dihubungi menjelaskan, Rafizi Hamdan bukan pelumba basikal kebangsaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, beliau bagaiamanapun meminta pengguna jalan raya di negara ini untuk menghormati peminat basikal yang menggunakan jalan raya untuk melakukan aktiviti riadah.

Allahyarham Rafizi, 37, yang menggunakan laluan MRR2 menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu. - BERNAMA

kosmo online.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang