Lelaki Musnahkan Kereta Dengan Tangan Kosong


Seorang pengamal seni karate mempertahankan diri cuba mencipta rekod dengan memusnahkan sebuah kereta tanpa sebarang alatan. Dia hanya menggunakan tangan dan kakinya sahaja. 

Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi bagi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong sudah memadai.

Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya. Memang menakjubkan.

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV. Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang