Budak maut jatuh tangki najis




PEGAWAI polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian tempat Nur Ammar terjatuh di Kuarters Klinik Kesihatan Jabi, ketika bermain basikal bersendirian di kawasan itu.
 

Nur Ammar Adlyn tiga tahun dijumpai terapung selepas jatuh basikal 

JERTIH: Seorang kanak-kanak tiga tahun maut akibat terjatuh ke dalam tangki najis di Kuarters Klinik Kesihatan Jabi, dekat sini, selepas keluar bermain basikal, petang kelmarin. 

Mayat mangsa, Nur Ammar Adlyn Mohd Husni, ditemui bapanya, Mohd Husni Mat Hussin, 32, terapung dalam tangki najis berkenaan selepas dimaklumkan jiran yang ternampak mangsa terjatuh ke dalam tangki najis itu. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Nur Ammar Adlyn terjatuh ke dalam tangki yang tidak ditutup dengan sempurna ketika bermain basikal di kawasan berkenaan. 

Mohd Husni yang juga kakitangan Majlis Daerah Besut (MDB) berkata, beliau tergamam melihat anak bongsunya dalam tangki berkenaan dan tidak menyangka arwah menemui ajal dalam keadaan menyayat hati. 

“Selepas dimaklumkan jiran mengenai kejadian, saya bergegas ke tangki najis berkenaan beberapa meter dari rumah dalam kawasan Klinik Kesihatan Jabi. 

“Sayu hati sebaik tiba di tempat kejadian apabila ternampak arwah terapung dalam tangki najis itu. Saya segera mengangkat dan membawanya ke klinik,” katanya. 
Bagaimanapun, katanya, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berusia antara tiga hingga lima tahun disahkan meninggal oleh Pegawai Perubatan klinik itu, Mohd Helmi Hamid. 

Mohd Husni berkata, arwah menunjukkan sikap luar biasa sejak beberapa hari lalu apabila kerap meminta ibunya, Zurani Zakaria, 35, memanggilnya dengan panggilan 'Awang'. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang