Aishah Masih ‘Ingatkan’ Ally Iskandar?

Aishah Masih 'Ingatkan' Ally Iskandar? 
KUALA LUMPUR – Sudah hampir masuk dua bulan pengacara popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi menamatkan status bujangnya dengan gadis pilihan hati, Farah Lee pada 20 Januari lalu.

Kebahagian Ally Iskandar jelas terserlah di dalam gambar-gambar sewaktu pernikahannya dilangsungkan di Terengganu dengan ditemani isteri yang tercinta.

Umum mengetahui, tahun lalu Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang juga merupakan kenalan rapat dalam keluarganya iaitu Nur Aishah Zainal pada 30 Julai 2011.

Namun, hubungan pertunangan mereka tidak dapat diselamatkan ekoran tiada keserasian antara mereka berdua walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun yang sama.

Orang ramai juga diumumkan yang kononnya Aishah seakan ‘merajuk’ dan patah hati lalu, membawa dirinya ke luar negara untuk menenangkan diri dari mengingati kisah-kisah manis sewaktu bersama Ally Iskandar.

Bagaimanapun, satu perkara yang agak mengejutkan apabila Aishah telah memuat naik semula gambar-gambar sewaktu majlis bersejarahnya dengan Ally Iskandar yang pernah dibuang dahulu dalam laman sosial Facebooknya ke dalam album yang diberi judul ‘BitterSweetSour’ dengan penerangan album itu sebagai ‘Say whatever u want, Allah has better plan to run :)’.

Tetapi, album itu hanyalah penuh dengan gambar-gambar Aishah sendiri yang cantik memakai baju tunang berwarna merah dengan ditemani ahli keluarga serta teman-temannya dan tidak langsung mempunyai gambar Ally Iskandar.

Ketika ditanya oleh orang ramai di laman sosialnya itu mengapa Aishah memuat naik semula gambar-gambar yang pernah membuatkan hatinya kecewa, gadis itu hanya memberi komen koleksi gambar itu hanyalah sebahagian dari hidupnya dan bukanlah untuk dilupakan atau diingati.
‘not to forget not to remember; its just part of my life :)’ komen Aisyah seperti dalam blog Beautifulnara.com.
Mungkinkah Aishah masih belum dapat melupakan Ally Iskandar walaupun pengacara lelaki itu sudah pun berkahwin?
sumber : mynewshub.my

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kelebihan Printer Merk Epson

Bila Perokok berhenti merokok, penuh satu tong duit

(TAHNIAH)Mak Mah Kini Tunangan Orang