Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2012

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Danny dan Lin

Gambar
Danny X-factor telah bernikah dengan pasanganya yang juga seorang pramugari pada 16 september 2011. baru-baru ini mereka telah mengadakan jamuan tertutup khas untuk ahli keluarga dan rakan-rakan artis di  Zebra Square,KL Lagi gambar, klik di sini p/s :semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.

Aksi ghairah penari tiang.

Gambar
NILAI – Hanya 10 minit menari dengan menampilkan aksi ghairah di hadapan tetamu, seorang penari tarian tiang di sebuah pusat hiburan mampu meraih bayaran lumayan sehingga RM250. Itulah situasi yang berlaku di sebuah pusat hiburan di sekitar daerah ini apabila wanita tempatan terbabit menjadikan persembahan ghairah dan berpakaian seksi sebagai satu sumber pendapatan mereka. Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar dalam serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. Serbuan turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang membuat pemeriksaan mengejut di pusat hiburan berkenaan, kira-kira 2 pagi kelmarin. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop yang mengetuai operasi khas itu berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya selama tiga minggu berhubung kewuj

Luahan hati Wanie Mentor 6 selepas disingkirkan

Gambar
Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi”, ujar protege kepada Ferhad, Salwani Sawi atau Wanie mengulas mengenai isu penyingkirannya dalam program Mentor 6 baru-baru ini. “Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu,” ujar Wanie mengakui kesal dengan tindakan pihak Mentor 6. Ditanya adakah mungkin ini salah satu gimik program tersebut, Wanie menjawab. “Saya tak nak komen, saya tak layak bersuara. Saya tak tahu apa-apa. Saya juga tak tahu yang saya disingkirkan. Tiba-tiba penerbit jumpa saya dan beritahu mereka tidak mahu ambil risiko dengan keadaan kesihatan saya. Saya faham mereka tak nak ambil risiko, tapi sekurang-kurangnya berilah saya satu lagi peluang. “

Anwar fail saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan

Gambar
b   KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Presiden Parti India Malaysia (MUIP) senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lepas.  Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.  Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.  Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.  Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan

Buruh kontrak didakwa bunuh Dirang

Gambar
JOHOR BAHRU - Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah,5, atau Dirang, awal bulan ini. Tertuduh, Muidin Maidin,24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac 2012. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan. Ibunya, Roselyn Alan,25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara te

Pengirim SMS Kes Bunuh Dirang adalah budak 11 tahun

Gambar
  JOHOR BAHRU: Pengirim sebenar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta wang tebusan berjumlah puluhan ribu ringgit kononnya bagi membebaskan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang pada 1 Mac lalu sebelum disahkan dibunuh, sebenarnya seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes itu berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang bekas anggota tentera berpangkat Koperal di Kelantan, 16 Mac lalu. “Hasil siasatan terhadap bekas anggota tentera terbabit bersama teman wanitanya mendapati SMS itu dihantar anak lelakinya. “Koperal berusia 45 tahun yang juga duda dua anak itu ditahan di kediamannya di Kampung Alor Melaka, Pulai Chondong, Machang,” katanya. Mokhtar ditemui pada majlis Perhimpunan dan Melafaz Ikrar Sempena Peringatan Hari Polis ke-205 di kawasan tempat letak kereta Pasaraya Maslee, Setia Indah, di sini. Menurut Mokhtar, polis menemui tiga telefon bimbit di kediaman lela

Nur Fatihah tidak dinoda

Gambar
  PEKAN: Tindakan tegas akan dikenakan kepada remaja, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang membuat laporan polis dirinya dirogol sedangkan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperlakukan demikian. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, mendapati tiada kesan boleh mengaitkan remaja berkenaan dirogol.  Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan koyak atau cedera pada kemaluan remaja terbabit yang sebelum ini dilaporkan hilang.  Katanya, pihaknya tidak pasti tujuan utama remaja itu membuat laporan polis dia dirogol teman lelakinya tiga hari lalu sedangkan kejadian itu tidak berlaku. “Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan sebenar remaja itu berbuat demikian selepas dia dikesan berada di rumah teman lelakinya yang berusia 26 tahun di Kampung Merchong, dekat sini.

Dukung dalam kereta sebelum dinoda

Gambar
  SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin. Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi. Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta. Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan. Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata

Budak ‘berjambang’

Gambar
                ISTIMEWA...Nurul Afida menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. BACHOK: Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya berjambang, malah suaranya juga garau. Itu keunikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Nurul Afida Batrisya Razi dari Kampung Canggong, dekat sini. Walaupun berbeza, kanak-kanak itu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya, malah bersekolah di prasekolah Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kampung Nipah, dekat sini. Ibunya, Asliza Omar, 37, berkata walaupun keadaan anaknya luar biasa dan sering menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, dia tidak malu, malah tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain. “Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu yang lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat. “Kekurangannya ketika ini lambat bercakap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menantu Hantu. Lacurkan Isteri dan Dua Adik Ipar

Gambar
KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur. Wanita berusia 57 tahun itu kini hanya mampu berdoa supaya tiga anak perempuan yang berusia 30-an bersama enam cucu berusia antara dua dan 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga. Warga emas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 57, berkata, sumber polis dan bomoh yang ditemuinya berkata, ketiga-tiga anaknya itu kini dipercayai berada di negara jiran. Rohaya berkata, menantu mualaf berusia 40-an yang berniaga di pasar malam itu mengahwini anak perempuan sulungnya pada 2005 dan tembelangnya terbongkar pada September 2009 apabila mengambil kesempatan membawa lari adik iparnya berusia 31 tahun yang sudah bersuami bersama lima anaknya yang berusia di antara dua bulan dan tujuh tahun. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, katanya, pada 2010 sekali lagi dia sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan ana

Tangan Terbelah dua..

Gambar
seram~ sumber

(Gambar) Owen Wilson bergambar dengan Zarina Ann Julie selepas tolak pelawaan Fahrin Ahmad

Gambar
Owen Wilson yang dilihat menolak mentah pelawaan Fahrin Ahmad untuk bergambar bersamanya sebelum ini bagaimanapun langsung tidak menolak perlawaan artis super seksi dan penuh kontroversi baru, Zarina Ann Julie ataupun Anjoulie Lavocah. Gambar ini diterima melalui akaun sosial Twitter Zarina sendiri apabila memuat turun gambarnya bersama Owen. Dan sempat juga Zarina mengeluarkan kenyataan bergurau terhadap Fahrin. sumber : myartis.my

Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak

Gambar
Cerita nie berlaku tahun lepas (27/4/10),kejadian nie boleh dikatakan heboh satu indonesia.seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital.Doctor mensyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang,setelah di timbang hampir 3 kg cacing didalam perut kanak tersebut Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang. Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir. su

Gambar Rozita Che Wan dulu dan Sekarang

Gambar
Rozita semasa menjadi Dewi Remaja Inilah gambar  Rozita Che Wan  time kahwin dulu dan pastinya gambar ni akan menjadi gambar yang ‘sungguh ekslusif’ buat korang yang nak sangat nengok gambar kahwin Rozita Che Wan memandangkan gambar kahwin beliau tak pernah diperlihatkan kepada umum    Masih maintain jelita dan ayu

Gambar Anak Perempuan Datuk Yusof Haslam Yang...

Gambar
  Tidak dapat bayangkan hati seorang bapa apabila melihat gambar anak perempuannya yang berkeadaan agak liar yang kini masih di Australia. Gambar ini adalah anak perempuan kepada Datuk Yusof Haslam, seorang jutawan dalam dunia perfileman tanahair kita.            

Gadis Kesepian Nikah dengan Laptopnya

Gambar
Namanya, Hermione Way, Negara Asal : England Usia saat ini, 24 Tahun Status, Menikah Nama Suami, Alex Mcbook Sekarang cek Biodata Suaminya Hermione.. Nama Lengkap : Alex Negara Asal : Amerika Jenis Kelamin: Lelaki. Status, Menikah Nama Istri, Hermione Way Spesifikasi lainnya, DVD Rom, Prosesor Intel Core2Duo, 2GB (two 1GB SO-DIMMs) of 1066MHz DDR3 SDRAM; two SO-DIMM slots support up to 4GB,Layar 17″ dll Ya, gadis Kesepian asal England ini, menikahi MacBook nya sendiri, yang diberi nama Alex. “We know Hermione will have a happy life.” “Alex and I are happy together,” declares “the bride” on YouTube. “We’re inseparable. We’ve been spending every minute of every day together for the past two years.” sumber : suarapeople.com

Budak Patah Tangan Terkena Bola Rembatan Rooney

Gambar
  LONDON – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu. Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama. Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya. “Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya,” tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin. Bapa kanak-kanak tersebut, Andy berkata insiden yang menimpa anaknya berlaku ketika pemain United sedang memanaskan padang. “Ketika itu Rooney dan (Javier) Hernandez melakukan beberapa sepakan. “Tanp

Pahlawan serangga ditemui di Indonesia

Gambar
MAKASSAR - Saintis menemukan sejenis spesies serangga bersaiz 6.4 sentimeter (cm) dan memiliki rahang lebih panjang berbanding kaki di kepulauan Sulawesi, Indonesia.   Profesor kaji serangga Universiti California, Lynn Kimsey memberitahu, para saintis sendiri bingung bagaimana penyengat itu mampu berjalan dengan membawa rahang yang begitu besar berbanding kakinya. Kimsey berkata, pahlawan penyengat yang ditemui di pergunungan Mekongga, tenggara Sulawesi, memiliki saiz dan tahap keganasan seperti penyengat-penyengat Komodo Dragon yang lain. “Serangga ini akan dinamakan sebagai Garuda yang melambangkan simbol kepada Indonesia dan pertama kali dijumpai. Saya tidak pernah melihat mana-mana spesies Dalara yang pelik. Malah, saintis pun tidak dapat menafsir keadaan sebenar biologi penyengat ini,” katanya. Kimsey mengandaikan rahang pada serangga itu berfungsi sebagai perisai dan pembiakan. Bagi spesies lain, serangga jantan akan berada di pintu masuk sarang untuk menghalang parasit memusnahk

Irma Hasmie Nikah Anak Datuk 1 Julai Ini

Gambar
  SUNGAI BULOH – Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur. Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu. Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac. “Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu. “Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat,” kata

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap

Gambar
SEBUAH kereta Porsche marak dijilat api selepas dibakar di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu. KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi memancitkan tayar sebelum membakar kenderaan orang ramai secara rambang di sekitar kawasan Sentul, di sini sejak 10 Mac lalu akhirnya ditangkap semalam. Sebelum ditangkap, lelaki berusia 42 tahun itu disyaki telah memancitkan tayar dan membakar 18 buah kenderaan. Dia bagaimanapun ditangkap di persimpangan Kampung Puah, Sentul kira-kira 10.30 pagi semalam ketika menunggang sebuah motosikal yang disyaki dicuri di Jinjang pada bulan lalu. Tangkapan itu dilakukan selepas suspek membakar empat buah kereta sekitar Titiwangsa, Segambut dan Jalan Genting Klang antara pukul 1 hingga 3 petang kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu lokasi kejadian.

Wanita ini tanggalkan pakaiannya semasa bergaduh dengan pasangannya

Gambar
Wanita dan lelaki itu dikatakan bertengkar dan kerana tidak tahan wanita itu kemudian menanggalkan pakaiannya... Agaknya dia terlampau marah sanggup melakukan apa sahaja walaupun memalukan diri sendiri.... uptomu.net dan sumber