contact us : kakibising@yahoo.com

Pengunjung Blog

5/20/2012

Saya Sendiri Malu Dengan Gambar Seksi Tersebut – Nora Danish



Akhirnya setelah lama berdiam diri mengenai gambar aksi ghairahnya di dalam majalah GLAM Lelaki baru-baru ini, Nora Danish telah membuka mulut dan memohon maaf atas kesilapannya beraksi seksi. Nora sendiri mengakui gambar-gambar yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan dirinya.
nora danish
Nora Danish berkata yang persetujuan untuk memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penyelia majalah berkenaan juga dicapai atas janji gambar-gambar itu akan diedit untuk menutup bahagian badannya yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Kata Nora:-
Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf maaf kepada semua pihak atas ketelanjuran saya. Saya tahu akhirnya isu seksi itu akan berbalik kepada saya. Saya tidak tahu ia akan diterbitkan semasa saya berada di Mekah. Saya terima keadaan itu dan belajar daripada kesilapan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak menyerahkan keputusan tentang karier saya dibuat oleh pihak lain.
Baguslah Nora Danish dah sedar, minta maaf dan janji tidak berbuat lagi kesilapan yang sama. Peminat-peminat semua marah sebab mereka sayang kepada Nora Danish. Selama ini imej baik Nora telah di”tarnish”kan dengan keluarnya gambar-gambar tersebut. Semoga Nora selepas ini lebih berhati-hati lagi. Sumber info Kosmo dan beautifulnara.com
Read more the rest of the entry »

Adi Putra Batal Hasrat Ceraikan Isteri




Berita gembira untuk semua apabila hari ini Adi Putra telah pun menarik balik permohonan cerai yang telah difailkan pada 14 Mei lalu. Penarikan balik telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kira-kira jam 8 pagi tadi. Walau bagaimana pun, Adi tidak dapat ditemui untuk sebarang komen.
ady putra tarik cerai
sangat gembira mendengar berita ini. Semoga selepas ini, hubungan Adi dan isterinya akan kembali mesra. Sama-sama kita doakan. Info Mstar Online dan beautifulnara.com
Read more the rest of the entry »

Padah ponteng sekolah, pelajar Tingkatan Empat




KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman yang mengikut rakannya ponteng sekolah membawa padah, apabila menjadi mangsa rogol selepas dipukau seorang lelaki.

Sumber berkata, mangsa berusia 16 tahun dikatakan tidak sedarkan diri selepas bertentang mata dengan seorang lelaki yang juga kenalan rakannya itu, sebelum mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan kesakitan di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Kijal, Rabu minggu lalu.

Katanya, mangsa pada mulanya memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit berdekatan kawasan sekolahnya itu.

Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa mengikut rakannya bertemu teman lelakinya yang datang ke kedai berkenaan menaiki sebuah kereta PERODUA MyVi. 

“Mangsa kemudian diajak bersiar-siar dan menaiki kenderaan itu bersama rakannya dan pada masa sama ada seorang lagi lelaki dalam kenderaan berkenaan.

“Mereka berempat kemudian menaiki kenderaan berkenaan dan bersiar-siar sebelum mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi. 

“Sebaik memasuki rumah itu, mangsa disuruh menonton televisyen, manakala rakannya bersama teman lelaki sudah tiada di ruang tamu rumah itu,” katanya. 
Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.

Katanya, apabila mangsa sedar setengah jam kemudian, dia mendapati tidak berpakaian serta mengalami kesakitan di kemaluan.

Katanya mangsa yang terkejut bertanyakan suspek yang kemudian mengaku sudah memperkosa mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, yang mengesahkan kejadian berkata mangsa yang trauma dengan keadaan itu membuat laporan di Balai Polis Kijal pada jam 11 pagi hari sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis kini menjalankan operasi memburu suspek.
Read more the rest of the entry »

5/19/2012

Mayat bayi dalam beg



Mayat bayi dalam beg

LABU KUBONG - Niat seorang remaja untuk mencari nenas di sebuah kebun, di sini, terbantut apabila menemui mayat bayi lelaki yang disumbat di dalam sebuah beg.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin, Khairul Azhar Idris, 17, ternampak sebuah beg yang diletakkan di bawah pokok mengkudu berhampiran sebuah rumah kosong di Lorong Tok Lingga, Kampung Sungai Lampam, di sini sebelum bertindak menghampiri beg berkenaan.

Khairul berkata, dia cuba untuk mengangkatnya dan mendapati beg berkenaan agak berat.

“Tanpa membuka beg berkenaan saya terus pulang ke rumah dan memberitahu penemuan barang itu kepada ahli keluarga termasuk abang ipar yang bertugas sebagai anggota polis.

“Mengesyaki sesuatu, kami kembali semula ke tempat tadi untuk memeriksa kandungan beg berkenaan sebelum menemui mayat seorang bayi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, mayat bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan sempurna, dibalut dengan kain batik dan dibungkus dalam sebuah plastik sebelum dimasukkan dalam beg tersebut.

Khairul yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah berkata, insiden itu agak mengejutkan keluarganya yang tidak menyangka akan menemui mayat bayi di kebun mereka.

Hidu bau busuk

Abang Khairul, Saharudin Abu Bakar, 22, mengakui, ketika membuka beg berkenaan, dia terhidu bau busuk.

Bagaimanapun menurutnya, bagi mengetahui isi kandungan beg berkenaan, dia bersama adik iparnya nekad untuk membuka beg berkenaan dan melihat isi kandungannya.

“Apabila adik ipar membuka zip beg itu, kami berdua mula terhidu bau busuk dan dia terus mengambil bungkusan yang diletakkan dalam beg berkenaan.

“Sebaik sahaja plastik itu dibuka, bau busuk semakin kuat dan kami bertindak membuka kain batik lalu terlihat ada kepala bayi,” katanya.

Bimbang dengan keadaan itu, mereka bertindak menghubungi polis.

Saharudin tidak menyangka semak berhampiran kebun ayahnya itu menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan membuang bayi.


Mati sejak beberapa hari lalu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, buat masa ini, siasatan lanjut masih dilakukan, bagaimanapun daripada pemeriksaan awal, besar kemungkinan bayi malang berkenaan mati dalam tempoh tiga hingga empat hari lalu.

“Kita masih belum mendapat pengesahan lanjut daripada hospital dan belum dapat dipastikan sama ada bayi itu mati di dalam kandungan atau setelah dilahirkan, tetapi berdasarkan pemeriksaan tiada kecederaan pada tubuh bayi itu,” katanya.

Kok Liang berkata, laporan polis diterima daripada seorang anggota polis dari Cawangan Forensik, Maktab Cheras, Kuala Lumpur yang kebetulan sedang bercuti di rumah keluarga mertua.

Menurutnya, sebaik menyedari bungkusan berkenaan mengandungi mayat seorang bayi, anggota dikenali Nor Azlan Abu Bakar, 28, segera menghubungi Balai Polis Labu Kubong untuk membuat laporan.

Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Inspektor Yusmaniza Yusoff di talian 013-2022690 atau hotline IPD 05-6222222.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Read more the rest of the entry »

'Saya mohon maaf'- Nora Danish isu Gambar seksi dalam Majalah Glam




KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya.

"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.

Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini.
Read more the rest of the entry »

Aishwarya Rai dikritik kerana gemuk




MUMBAI, India - Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.

Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.

Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.

"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.

Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.

Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.

- Agensi
Read more the rest of the entry »

Dituduh Mencuri, Bayi Pulak Dipijak



Dituduh Mencuri, Bayi Pulak Dipijak



Kejadian ini berlaku di Zhengzhou ,Henan China apabila seorang wanita dituduh mencuri .Dia dengan sengaja melempar bayi yang di dukungnya ke tanah dan memijakknya.

Dia memijak bayi itu kerana marah dituduh mencuri.Saksi kejadian telah menyatakan wanita bersama rakannya telah mencuri talipon.Pihak polis telah dipanggil untuk menyelesaikan kes itu .Kedua-dua wanita itu telah dibawa ke balai.
Anak kecil yang di tinggalkan seketika itu tidak mengalami luka .
Inilah kadang -kadang cara orang yang bersalah untuk mengelakkan diri daripada di tuduh mencuri.Sehinggakan sanggup untuk menginayai anak sendiri.-sumber
Read more the rest of the entry »

Isu ‘Bapa Kafir’: Nik Aziz Saman NST RM1 Juta




KUALA LUMPUR — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada mereka yang terlibat dalam penyiaran artikel yang mendakwa dirinya sebagai bapa kafir dalam akhbar The New Straits Times (NST).

Beliau (gambar) dijangka akan memfailkan saman itu pada minggu hadapan kepada editor dan tiga wartawan syarikat penerbitan akhbar The New Straits Times Press Holdings (NSTP), dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dengan tuntutan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak RM1 juta.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak mengemukakan permohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Dipetik Harakahdaily, Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi berkata, dokumen untuk tindakan tersebut telahpun siap dan saman itu dijangka akan difailkan Isnin depan.

“Minggu depan kami akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

NSTP dan Rahim telah diberi tempoh 24 jam untuk mengemukakan permohonan maaf, bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal menarik balik kenyataaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan itu, sebaliknya, Rahim menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan tersebut.

Antara penama yang dinyatakan dalam saman tersebut adalah Ketua Editor NST serta tiga wartawan yang terlibat dengan penulisan berita tersebut, iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.(TheMalaysiaInsider)
Read more the rest of the entry »

Google Connect

KakiBising.com